Mohamad Syahfizi
Saturday, 16 March 2019
Muzium Sungai Lembing, Pahang
Pada sekitar 1920 - 1950 Sungai Lembing menjadi pengeluar bijih timah utama negeri Pahang Darul Makmur. Malah terdapat perkampungan Inggeris di Lembah Sungai Kelau bagaikan el Dorado yang popular itu. Perlombongan bijih timah Sungai Lembing dijalankan oleh Pahang Consolidated Company Limited.
Teknik perlombongan bawah tanah dengan membina terowong lebih sesuai kerana batuannya agak keras untuk membina lubang terowong. Pekerjanya terdiri daripada Inggeris , Melayu dan Cina dan mereka bekerja mengikut syif. Pusat lombong bijih timah ini mencapai kegemilangan sekitar tahun 1940-an dan 1950-an kerana ketika itu ia adalah lokasi lombong bijih timah bawah tanah terbesar di dunia. Lombong itu ditutup pada tahun 1986 kerana kos operasinya yang tinggi dan kejatuhan harga bijih timah dan banyak perak.
Subscribe to:
Posts (Atom)